JellyPages.com

Thursday, August 5, 2010

kehilangan seorang sahabat baik.

kepada keluarga Encik Zulkifli hara bersabar di atas ujian ALLAH untuk anda sekeluarga.
bukan sahaja Encik sekeluarga yang terasa kehilangan seorang anak yang baik, tapi saya dan kawan kawan lain 
yang amat terasa dengan kehilangan ARWAH NURUL WAHIDA. arwah meninggal kerana tumor selepas jatuh di bilik air. saya hanya berkesempatan bercakap bersamanya minggu lepas hari isnin. ade jugak saya mengajaknya keluar berbuka puasa ramai ramai ketika tiba Ramadhan lagi beberapa hari menjelang, tetapi kelihatan wajah arwah murung dan tidak banyak bercakap. malah, arwah juga tudak memberikan jawapan sebaliknya terus diam. saya pelik.kemudian saya tanya kepada arwah, "wawa sakit ke ? mukapucat je ?". arwah menjawab "hishh kau ni. aku okay je la. jangan risau la"
mungkin arwah tidak memberi jawapan kerana tahu bahawa hidupnya tidak lama dan akan datang malaikat maut yang akan menjemputnya. disebabkan itu la saya tidak memikirkan sangat kerana kami pelajar tingkatan lima sedang menghadapi ujian modulitem berfokus 2. pada hari itu juga,saya sedang menghadapi kertas matematik tambahan.
selepas itu, arwah tidak hadir ke sekolah pada isnin minggu berikutnya pada 2 ogos 2010.
saya yang tidak sama kelas bersama arwah tidak menyedari ketidak hadiran arwah ke sekolah. oleh itu, keesokan harinya tanggal 3 OGOS 2010 lebih kurang jam empat petang arwah pergi di jemput ILLAHI. saya terkejut dan tak terkata kerana umur arwah masih muda. tetapi siapa kita dan apa hak kita untuk menyoal ketentuan ILLAHI ?
saya hanya mendapat berita tentang kematian arwah pada jam 8 malam dan rasa macam tak percaya seakan mahu pengsan ketika mendengar dan mendapat tahu kesahihan berita tersebut. YA ALLAH !
sampai ke hari ini, saya masih tidak dapat menerima pemergiannya mengadap ILLAHI.
tetapi kawa-kawan lain banyak membantu saya agar banyak bersabar dan menerima ini dengan seadanya dan redha la pemergiannya agar arwah aman dan tenang di alam BARZAKH.
lepas ni,tak ada lagi gurau senda,gelak tawa,usik mengusik arwah kepada saya. YA ALLAH,saya amat merindui arwah. 
SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN DAN DI SISI PENCIPTA MU YA ALLAH.

AL-FATIHAH.

SAHABATKU, AKU TELAH MEMAAFKAN SEGALA KESALAHAN MU DAN HALAL KAN SEGALA NYA. AMAN LA KAMU DI SISI PENCIPTA MU. AKAN KU SELALU MENYEDEKAHKAN AL FATIHAH KEPADA MU. 

AMIN.

No comments:

Post a Comment