JellyPages.com

Monday, May 10, 2010

PERHATIAN !!!!

Kanser Payu Dara


Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan)
dalam tisu-tisu payudara.

Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:

• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)

Kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak invasif. Dalam kanser
tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif,
sel-sel kanser tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.

Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel payu dara.
Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang penting dalam patogenesis kanser.
Walau bagaimanapun pelbagai pencetus pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev
telah dikenalpasti sebagai penyebab kanser payu dara yang penting. Onkogen merupakan gen
yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen ini boleh berubah
dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan
kanser merupakan proses yang kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik,
kawalatur hormon dan juga keadaan persekitaran.


Perebakan


Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut:

• Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga
akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
• Kanser payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke
seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang,
tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari.
• Adalah dianggarkan jika kanser payu dara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah berada
dalam payu dara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser
mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem limfatik dan seterusnya
merebak ke seluruh badan.
• Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payu dara dirasakan tertumpu pada payu dara
sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun merebak atau mengalami
metastasis.

Faktor-Faktor Risiko


Oleh kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser
payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara ini.

Faktor Risiko Yang Tinggi


1. Umur; umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1 daripada 500 wanita
dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang tinggi mendapat kanser payu dara.
Namun begitu, angka ini meningkat kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau
40 - 45 tahun.

2. Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini boleh diwarisi tetapi
peranan genetik di dalam hal ini masih belum difahami sepenuhnya. Wanita yang
mempunyai ibu atau anak perempuan atau kakak/adik yang menghidap penyakit ini
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara

3. Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini. Ini mungkin
merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser payudara.

4. Pernah menghidapi penyakit payudara benigna proliferatif

5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan
kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun

Faktor Risiko Sederhana

1. Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus haid memiliki
risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini. Telah terbukti bahawa wanita yang
telah melalui masa haid lebih dari 40 tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk
mendapat kanser payudara berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa
yang pendek.

2. Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak pertamanya
pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi untuk memperolehi penyakit ini.
Adalah dipercayai disebabkan oleh pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.

3. Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk pil
perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih berisiko untuk
memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah kepada aras estrogen yang tinggi

4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.

5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara
pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.


Faktor Risiko Lain Yang Lebih Ringan


Diet yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser payudara. Kaitan ini telah
dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser payudara yang menyerang masyarakat yang
mengamalkan diet yang berbeza. Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk
menyokong teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara ini.

Insidens


Kanser payu dara :

• Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di
Malaysia
• Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki.
• Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita
• Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun
• Insidensnya meningkat dengan umur

Tanda - tanda dan gejala

Gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan, pengeluaran cecair lelehan
dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan di sekitar payu dara.

• Ketumbuhan yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah payu dara
sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak licin.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang
secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara
dan puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada kulit payu
dara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah oren. Bentuk dan saiz payu
dara juga akan berubah.


Komplikasi


Dua komplikasi utama kanser payu dara ialah komplikasi setempat dan komplikasi disebabkan
perebakannya atau mengalami metastasis.

Komplikasi setempat termasuklah pembentukan ulser pada payu dara, sebagaimana yang berlaku
pada kanser payu dara inflamasi dan kehadiran semula kanser tersebut di tempat yang sama
selepas pembedahan.

Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di
seluruh tubuh badan. Dalam proses ini, sel-sel kanser telah mencerobohi saluran darah dan
saluran limfa untuk memasuki sistem peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser ini kemudiannya
akan bertapak di organ-organ lain dan memulakan pertumbuhan baru. Tempat utama yang
diserang melalui metastasis ini adalah tulang, hati dan paru-paru.


Ujian - Ujian


Pemeriksaan Fizikal

Dalam pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara termasuklah di
bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang ketumbuhan atau perubahan yang wujud.
Doktor akan dapat menentukan saiz, tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan
tersebut. Doktor mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.

Mamografi


Mamografi biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses ini mampu
mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin terlalu kecil untuk dikesan melalui
pemeriksaan fizikal yang menggunakan tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej
payudara pada filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada
mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan mungkin dijalankan.


Ultrasonografi


Ultrasonografi menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan sifat
ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.


Biopsi


Biopsi adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel tisu payudara diambil
dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua jenis biopsi:

• Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada
ketumbuhan di payudara.
• Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.

Thursday, May 6, 2010

3 hari 2 malam

bertempat kat KEM BAGAN LALANG,SEPANG..
excited punyaa pasal..amik kau! smpai2 jea hari pertama agk2 la nmpk budak2 je!  aku ingt ade la budak sebaya ke..kot2 lehh ngorat..haha  :D
boring gak la smpai2 tau2 hanya budak skolaa rendah je yg join!  cehhh!
hahaha..before tht bnyk kali sesat daaa..  uncle bus tu x tau nk g jalan masuk kt kem sbb x de sign board ponn...hahaha  sian! tp kan ade plak kita jumpa MAT SALLEH!  siap bye2 lagi kitorang dlm best..hahaha  x)
dalam bus punyaa kes masa kt ats jalan..ade plak manusia nk membuang...excited punyaa pasal smpai nk terkucil!  sengall la..

KETIBAAN VVIP YG X DI JEMPUT....
yea!!  dh sampai...dari luar alamak!  bosan nk mampus..sampai2..kitorang diberi taklimat ringkas...mengenai perjalanan kem.....pas tu kitorang di bahagi khemah...satu khemah  org...  
"suka hati la kau nk ngn sape ponnn" sorang jurulatih g tau...pandai2 pilih kawan la...
then kitorang agk2 1 jam nk get ready tuk mkn malam..n activiti ice breaking....aku ingt kan KEMBARA MALAM  tu mcm walk night ke.....
rupa-rupanya............................................. tido je!  cehhhh!  x smangat langsung!  sia-sia aku excited!  bazir je...
but korang tau x...ade yg gatal x tido!  pastu bolehh pulak black out kul 3 pg tu....TU LA GATAL NK CHARGE HANDPHONE SGT!  kan dh black out...