JellyPages.com

Sunday, November 25, 2012

Marathon KIST

Heyya! eh, Assalamualaikum :)

Korang! nak cerita nii haiyaaa terbaik dari ladang punya . gila! baru suruh lari marathon je dah demam hahahahaha! perghh memang best dari pagi sampai la petang hujan sepanjang masa . kay , dalam hati dah cakap 'dah start dah nii musim hujan' so petandanya kena get ready la dengan stock kool fever , panadol , payung haihh . memang senang sangat nak kena demam lagi-II musim hujan panas macam nii . terbantut nak gi jalan-II!! sakit hati jee. planning nak gi Terengganu dengan member-II tapi tu la entah jadi ke takk . hopefully jadi la . dah decide nak gi pulau hari tu . tapi tak berani then bila fikir-II balik. banyak risiko kott . so, consider last duduk dekat Kolej nii kita pakat ramai-II wat Le Tour Terengganu je la! 2 hari 1 malam pun jadi la :) anyway, tak de apa pun kalau ikutkan nak shopping kat sana kecuali nak beli anak patung penyu dengan baju 'I LOVE TERENGGANU' haha kenangan! kenangan 1 tahun setengah dekat Kelantan pastu Practical tah mana-II pihak Kolej campak kitorang hehehehehehehe. aku teringin sangat nak gii practical dekat KT , HTAA , HSA . lagi banyak kes lagi syiokkk :-D korang kalau alami sendiri pengalaman jumpa pesakit tenat ke , accident ke , macam-II kes la korang akan jumpa kalau masuk bidang kesihatan nii. aku mula-II takut gakk. orang kata hospital ni berhantu la, badi la apa la. tapi setakat nii okay lagi Alhamdullilah :-)

hmm , banyak benda sebenarnya nak story kalau ikutkan. tapi esok ada kelas awal pagi lak tuu! so, kena la save energy . TIDO :-D 

Good Night , Sweet Dream <3 i="i">

Friday, May 27, 2011

Off To Kelantan

haih, malam ni dah gerak dah balik kelantan. mesti boring kan kat sana?
suasana campus cam ne eh? hmm, susah nak describe! takut laa dah la negeri orang.
okay, malas update hari ni! masa tak  banyak. kena pack barang lagi nak pergi holiday.
soon, ada masa aku update for sure! mesti rindu la tak blogging ni. Facebook mesti rindu gila!

so Bye Bye!

Monday, May 23, 2011

Saya Budak Gila Domo!

"ada aku kisah kau suka ke tak DOMO-Kun?"
makk aihh aku tahu lakau tak suka domo tapi ayat tu agak agak la. macam perli je aku ni yang gila domo.
lagi pun, ada aku kisah kau gila apa? tak pernah aku kisah weh. buat semak otak aku je ='=
hmm bytheway, DOMO-Kun nii bukan la apa sangat. cuma as a Bear Lovers, aku memang suka benda benda cute cenggini. Ada Aku Kisah Hal Orang Lain? satu je la. tak payah sibuk nak amik tahu hal orang. jaga dulu perihal kau. so on, aku lupa nak cakap. aku bakal jadi RAKYAT KELANTAN -.- officially this 1 june. 3 tahun i'll be there for futher study in Medic. tahu this course berat but this is my dream i've to aim what i want :) just pray for my best. that's good enough for me. and me, will study hard study smart =) Insyaallah.

Guys, One thing aku paling takut act. KAWAN! tu yang paling aku takut. aku ni dah la jenis gila bengong sikit. kalau dapat kawan yang hmm (paham paham la) nampak gaya aku punn hmm jugak la kan? HAHA. kalau dapat kawan yang baik. maka, aku pun akan jadi di antara pelajar yang Terbaik. Aminn. tak nak cakap banyak -.- buat semak korang baca je. Teeeeeeeeeheeeeeeeeeeeeeeee :P just enjoy the pic!
DOMO DOMO <3 <3 xoxo

Ohh My! 

COLLECTION of DOMO-Kun :) (nak wehh!)  ='=

cap :/ cunn doe!

sweater :) lawalawa!

strap phone -.- GILA SMART!

Domo-Kun keychain :O

Sumpah Aku Nak Cari Nii Untuk Gadget Aku!

phone case ni pun aku nak! Ayahh~ :P

Baju Domo Comel !

ANYTHING else nak share pasal Domo? hmm Dijemput! korang just comment di bawah or We Can Share It On FACEBOOK! Or TWITTER! =D so, see you guys soon :)) Bye Bye.
Love Domo,
Nurul Syuhada :)

Tuesday, May 17, 2011

Chicken Pop. Haihhh -.-

Gilooo! aku kena chicken pop. sumpah sakit! rasa macam nak garu je bila gatal gatal tuu tapi mak cakap
"Kau Garu Makin Sakit Ada Parut Susah Nak Hilang Tak Lawa". dengan senafas dia sebut gitu! aku dah cuak dah. cam ne nii? peninggg weh peninggg~ tak garu rasa macam nak siat siat je kulit nii. sakit Allah je yang tahu! Korang Apa Tahu? =.= Lepas tu kan, aku bengang doee pergi klinik semalam boleh pulak orang kaunter tanya
"kenapa datang klinik ni dik?"  mak aihh, nak je aku rasa bagi pelempang biar berpusing pusing dia kat situ. dah nampak muka aku pucat bintik bintik ayam lagii. lagi mahu tanya? apa daaaa! tak profesional langsung! geram aku pepagi buta dah buat mood hilang. hmmm. sabar je laa aku  niii malas la nak gadohh tengah tengah sakit niih.
dandan la lepas tu aku blah cam tu je lepas amik ubat amik MC 1 hari. malas aku nak pandang muka kakak kaunter tuu. GERAM!

Okay, Stop Talking About The Past. Menyakitkan Hati -.-

Selasa, 17 Feb 2011............................
dengan sakit sakit aku gi JUSCO! mak aihh muka tak tahu malu betul ngeh ngeh. buat tak tahu je dah la kan? HAHA! muka innocent doe masa jalan shopping kat jusco tuu. keh keh. alaa~ bukan selalu nak buat kerja gila cam tu kan?? then, saya dapat Mr. Teddy! Sumpah Comel! <3 <3 < xoxoxo apa nak bagi nii nama untuk Mr. Teddy? Think! Think! Think! Hahaha! Girl Girl Gedikss Betul Ohh Nurul Syuhada Niii. Nasib laaa pakwe kauuuu pokaiiiiiii~ tapi aku tak sekejam tu kot nak asyik nak pawww teddy bear je -.- baik aku pawww dia =D oppssss salah cakap =P hehehe.. Forget It What I Say Just Now.okayy, saya dah penat nak typing dengan sakit sakit niii nak menulis panjang panjang? mintak maaf laaa haha. penattt tangan sebab ada bintik ayam sengal niii. okay bye! later i update lagiiiii yee. will miss Facebook :) Twitter :) Blogging :)

p/s: Mungkin 6 BULAN kot aku tak on Facebook, Twitter, Update Blogging apa semuaa laa Laptop Tak De doee kat sana -.- Nak Guna PC? mampus sampai bila la aku dapat on. berapa lama la sangat kann kann? korang paham paham sendiri laaa.

Monday, May 2, 2011

Saya Ada Anak Angkat Laaa =)

lamanyaaa tak update blog! rindu <3 Ya Allah Banyak betul Masa Di habiskan Di Tempat Kerja -.-
tu la siapa suruh kau beranak ramai lagii Syuhada? keh keh =D bytheway, sabtu minggu lepas Cik Abang Datang secara mengejut ohh tetiba fly back from London (i know dia nak balik Malaysia) tapi tak tahu pulak dia  nak datang tempat kerja. dah la dengan tak pakai tudungnyaa, dengan tengah dukung adam lagii (adam tengah nangis) paham paham la kann. Sumpah! Macam Mak Orang dahh =.= MALU aku tahu tak! dia siap cakap lagii, " mesti mama happy kalau tengok bakal MENANTU dia nii ada ciri ciri keibuan yang TINGGI! mak aihh, puji bukan main melambung lagii, kembang sebotol kicap aku dia puji cam tuu. HAHAHA. then, aku bawak la adam keluar. dia tanya ni ke anak awak tu? aku jawab "ye la ni la anak saya". hah! ambik kau, aku bagi sebijik durian. ni anak aku. kau ada? tak de kan? muahahahahahahhahahahha....

The Day before means Friday malam tuu dia ada Text tauu bunyinya cam ni
'Cantik Profile Picture Facebook Sayang' 
haha, biasalaa. anak siapa kan? pipi tembam geram! dia mintak nak dukung Adam tauu, aku pun sua je la. dia dukung. dalam hati terdetik 'Ada Rupa Nak Jadi Ayah Mitahli Nii =D' ni yang makin sayang nii. hehehehe. lepas tu, dia mintak izin nak cubit cubit pipi Adam. dah pesan awal awal dah jangan cubit, tarik, jentik, main main, geram dengan pipi Adam tuuu kesian pipi Adam Senang nak merah =(
So, dia punya geram dengan Adam dia cakap Dia geram dengan Adam niii Kenapa Comel Sangat!
hahaha biasalaaa =P

hmm, dha laa aku malas nak story panjang panjang nanti aku update pulak GAMBAR Adam Haiqal nii.
tunggu la eh :)(: sekarang nak rehat! esok kerja and Sorry Gila Gangs sebab lama tak update Blog nii! Kerja laaa dengan Jaga Anak Angkat lagii -.- Sorry eh! Nak Ushar Blog Korang punn Tak Sempat ='[
okay, bye bye korang!
                                                                                                                                             Love, 
Nurul Syuhada :)

Friday, April 8, 2011

first day KERJA =)

heheh, hari ni jam 6 pagi lagi saya dah bangun and mandi, gosok gigi, basuh muka, kemas katil =DD hari ni saya MULA KERJA! ohh, semangat la sangat kan kau syuhada ? =''= haha =PP kerja sebagai pengasuh ;)) jadi la kan dari penganggur tak sedar diri dekat rumah? little bit tired tapi best la rasa macam jaga anak sendiri pulak HAHA! syuhada syuhada tak habis habis... tapi kan, mula mula je datang si danisya (budak bijak) ni react takut ohh ye la tak pernah nampak aku la katakan. then, after a minutes dia dah okay. siap boleh manja manja gelak gelak lagiii. syok kan? terasa hari hari aku makin ceria dengan keletah diorang... geram ohh tengok muka diorang selamba kalau buat salah je buat muka comel ish geram aku! bak kata cikgu Adib, dah ada pengalaman dahh heheh ye ke cikgu? ni sampingan saya. lagi pun saya memang minat budak budak :))) so, Tak Ada Masalah Kot**  heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... 

sudah penat wehh, esok KERJA! jam 7.30 KENA SAMPAI di TASKA :)) bye bye! 

Sunday, March 27, 2011

kejadian di UiTM ekspo =)

fuh! penat betul sesak gile dekat UiTM =.= ramai gile dah tu tinggi tinggi pulak tuu =.= panas je hati aku tengok diorang tinggi tinggi. HAHAA ! sabar sabar aku dengan ejat hmmm bengang je.. sakit hati laaa sebab semua tinggi kitorang pendek pendek jee T.T  sumpah menyesal aku tak makan calcium dulu! perghhh case aku ni sampai ada yang berani KETUK kepala aku! dasyat kau aku tahu la aku ni kecik pendek je.. berani berani kau ketuk! then, aku cakap la dekat ejat. weh! rupanya kita dah masuk alam dewasa betul la... alam pelajar universiti.. semua tinggi tinggi !  aduhhh nyesal tak minum susu banyak banyak dulu tak makan calcium! tu la, ingat kan selama ni sesama sendiri (kawan kawan) la cakap cakap *aku paling tinggi haha padam muka korang pendek!* but now, hah! amik kau semua kecik kecik pendek je ! masa beratur nak print course yang layak dengan result TERHEBAT kita (bangga jap) ada la seorang mamat ni handsome tak handsome biasa jee tak amik kisah punn... dandan kau syuhada :P aku ni kau tahu paras tinggi dada dia je. memang kena dongak la pandang muka dia T_T kesiann manusia kerdil + manusia pendek la kau ni syuhada! ha nah ambik kauu!
fineee, aku ngaku aku PENDEK! tapi comel =) (taknak ngaku kalah!)

sekian..
si pendek comel,
nurul syuhada syazwani =)

Wednesday, March 23, 2011

STOP IT!

hello kawan kawan! ('',)

okay sorry tak update semalam sebab MALAS serabut doh incoming call semua tanya about my result.
RESULT RESULT and RESULT! tak de bende lain ke nak tanya? fed up aku T_T please la, maybe certain orang suka uar uarkan result dia but certain orang tak suka even dia dapat banyak A's punn. one more, aku menyampah betul dengan sorang budak nii. dan dan kau dapat 6A,7A kau boleh berlagak? tolong laaa. tolong belajar macam mana nak bersyukur dan belajar untuk TIDAK MERENDAH-RENDAHkan orang lain punya RESULT..! sehebat mana pun kau kalau tetap malas, bangga diri, over confident semua la sifat mazmumah tuu tak kan kemana gak.. kau ingat everything ke result SPM tu? result SPM tu penentuan hala tuju kau lepas ni.. so please behave.. orang lain pun ada perasaan jugak weh =,= hormat la sikit! jangan la jadi seorang yang berilmu berpelajaran tinggi tapi budi bahasa KOSONG.. rugi la weh rugi kalau sikap kau tak berubah.. orang bodoh pun boleh berjaya kalau berusaha... cuma rezeki tu je tak ada lagi... selama ni mungkin aku hormat kau, sayang kau wahai MR.M but now, perasaan sayang dah tak ada lagi dalam diri aku...
aku dah buang segala-galanya dah... selama ni aku buta kot nak bezakan antara intan dan kaca... dah banyak perkara aku dengar pasal kau tapi selama ni disebabkan perasaan sayang tu aku pekakkan telinga butakan mata butakan hati tuk percaya semua tu... and now, sorry la.. kau dah terlambat! aku sedar sekarang couple usia muda di alam persekolahan banyak halangannya, banyak masalah, banyak songeh, banyak banyak and banyak.................. aku malas nak sebut la apa lagi kan... nanti apa pulak orang kata kann... haihhh, dah la aku dah malas dah nak fikir perasaan bende tu semua... itu hanya dugaan syaitan semata-mata! =D

fine, lupakan hal tadi let's happy happy! =) hmm, lepas ni apa la aku nak buat? nak apply college mana? university mana? hmmm susahnyaaa -__- course apa tu yang penting! Ya Allah kau tunjuk la aku jalan yang betul betul boleh aku berjaya dalam hidup.. aminn :)(:
your blogger,
nurul syuhada syazwani =) 

Sunday, March 20, 2011

A DAY AT TELUK CEMPEDAK =)

hey all :) apa khabar? sihat? entry kali ni nak update pasal satu hari di teluk cempedak. tak la whole day ada kat sana. just lepas bertolak pagi ahad around 7 O'clock bertolak balik ke KL, sepatutnya hari sabtu ouh bertolak balik but nak buat macam mana kan? papa tak larat nak drive kereta :) so let he get enough rest firstt .. okay, sepanjang perjalanan tuuu ada certain tempat kitorang drop by minum-minum or makan laa. first place berhenti minum pagi around 9.30 O'clock dekat marang. hujan kot dekat terengganu. lawa laaa pemandangan waktu pagii :D cantik ada kabus udara pun sejuk nyaman je :) awww <3 okay stop talking about that tak kena tajuk la -.- , lepas tu makan tengah hari di kuantan. masuk bandar kuantan and nampak signboard "TELUK CEMPEDAK" apa lagii papa ajak makan dekat sana laa. syokk! pantaii lagii! :) TELUK CEMPEDAK cantik! okay korang enjoy la beberapa gambar yang sempat snap snap dekat TELUK CEMPEDAK :))


 with kak da cousin :)

 aisha and kak da 

eja and mp4 amad T.T

geng belakang :) 

 beach TELUK CEMPEDAK

 me and aisha

 TELUK CEMPEDAK


 jambatan gantung nak ke............

 amad izat pose

 mamat tu memang kan?? =,=

amad lagii :D

 sengaja meh :)

 hindustan ke belakang tu?

 bukan agency modelling ye niii

 saya pendek laa -.-

 poor maintenance

 ish ish boleh jerlus kaki nii

dengan amad lagi sibuk amik gambar :*

 cantiknyaaaaaaa!

 batu and beach so niceeeee :*

them <3

that is TC! 

cantik kan TC? awww sayang betul nak tinggal tempat nii. ada monyet ke kera entah la nak cakap (tak reti beza kottt) hahaha! and finally ke pekan, pahang hantar adik sedara ke MRSM. then, bertolak ke KL sampai KL around 10 O'clock. PENAT uh! itulah journey kitorang yang penuh colourfull! macam-macam ragam and best :)

sekian, wassalam ...

your blogger,
nurul syuhada 

Friday, March 18, 2011

SPM result coming out within a week!

aaarggggggghhhhhh! result resut result! tak de perkataan lain ke? asyik-asyik tanya *agak-agak boleh dapat berapa?*  mak aihhh macam tak de keje kan nak menyibuk hal orang? penyibuk penyibuk!  aku dah memang tengah gabra lagi kau buat aku tambah gabra? apa punya orang laaaa =___________= ada jugak bagusnya kalau kau mendoakan keputusan aku moga dapat yang terbaik. tu lebih afdal kan mak temah sekampung? one thing, aku dah buat yang terbaik untuk semua paper aku. insyaallah usaha aku selama  ni ada hasil yang baik dan bagus. aku cuma harap sangat-sangat yang ibu bapa aku bangga dengan aku si tunggal perempuan niii.tak nak kecewa kan diorang yang dah banyak berjasa, mengeluarkan wang ringgit dan tenaga selama ni menjaga,mendidik,mengasuh segala bende la. terima kasih ayah terima kasih ibu ! doa sahaja yang boleh dilakukan agar aku, anakmu ini berjaya dunia akhirat. Insyaallah :)


                       **********************************************************


Aduh terasa penatnya semalam kenduri tahlil arwah atok. habis sengal-sengal badan aku. wahh! macam orang tua-tua pulak sakit sengal-sengal badan nii haha :D eh,sedar tak sedar dah 100 hari arwah pergi meninggalkan kami. moga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan disisi PENCIPTAmu. aminnnnn. insyaallah :) penat penat! tapi dah ramai-ramai balik ni. happy pulak :D ye lah, dah macam mangsa BENCANA ALAM ouh haihhhh. penat sampai tidur pukul 3 pagi kan?? haha. yaperda la korang nii. haramm alasan je penat tapi sebenarnya nak lepak depan tv kan?? haha! kantoi dah semua orangg. untuk jadi cucu mithali la kononnya, pinggan mangkuk,cawan gelas, belanga semua dah siap basuh dah! *siap lagu gosok lagii nyanyi!* legaaaaaaaaa berbaloi la apa kami buat lepas tu lepak-ing depan tv terbongkang kau! :P peduli apa dahh? tak ramai jamu orangnyaa. tapi macam jamu orangnya lebih 100 orang =,= 2 kali ganda penat kebiasaan kenduri tahlil 40 hari, hari tuuu. apa-apa pun kitorang happy buat kerja tuuu! bak kata WONDERPETS, apa yang penting? KERJASAMA! :)


sekian, wassalam.
                                                                                                                                  writer,
                                                                                                                            (nurul syuhada)

Friday, February 25, 2011

khairul fahmi che mat junior :)

okayy hari ni aku nak update pasal tettttttttttttttttttt  ** KFCM juniorr**  aww comel <3 :)
nahhhh ambil kauuu, aku kasi gambar adik sedara aku yang lagi cute+handsome+meletup gituu lagilagi dengan muka ngeng dia tuh comell :P sweet ohh ;) suka suka :* awwww dia sangat comel sumpah ohh aku cakap HAHAHAHAHA! jeng jeng nah aku dah snap gambar dia (curikcurik je) dia kedekut gambar! tak kasi ohh orang nak ambil gambar dia :D dah dah! aku dah ambil dah gambar kau dik adam oiii :P tak dapat kan nak buat apa heheheh :') padan muka kau dikk bluekk :P *gediknya* tak habishabis perkataan tu kankan? :D *eh sukahati i la, you sibuk apa?* ada aku kesah? :p fineeee tak nak cakap banyak dahh korang tengok je gambar KFCM junior aku nihh yang dah siap di edit :)

finee aku tahu tak lawaa kan? =.= 

fineeeeeeee! comel tak dia? comel kan comel kan? hahahaha aku dah cakap kalau korang jumpa dia depandepan lagiii la siap cakap *dik, besar nanti masuk minang akak tauu* tu aku curik ayat kak miza tuu :p tak pe laaa pinjam jek :D jangan marah ek? :)) awww bila dia senyum perghhhh HANDSOME :* rasa macam nak cium jek dia tuuu geram ohh! okay sabar syuhada sabar :p last, sayang kau la adam . si comel nii geram aku =.=  (berapa kali nak ulang?)  ;p

bye bye :*


Wednesday, February 23, 2011

AKASIA BEGITULAH CINTA

awwww! NAZIM OTHMAN sangat HOTT cool laaaaaaaaa ! aduhhh jatuh cinta laaa aku xD gediknyaa 
eh suka hati laaaa :p dia tuu HOT, HANDSOME, COOL awwwww in love in love :D


abang saya laaaaa yang nih :)

aduhhhh comelnya sweet laa lakonan dia :p minat minat sangat sangat !! HOT stuff la nazim nihh sekarang **famous la kauu yee hahaha** adik sedara aku pun cakap, abg NAZIM hotttt ! awww aku lagi la kann kann ? heheh adore him so muchh! tapikan, dia punya lakonan diaaa bestttt xD mantapp la! TERUSKAN USAHA anda yee nazim.. saya suka saya suka lakonan awakkkk :)) HEBAT laaa :D


enough syuhada enough! melebih la pulak kau nihhh =.=  HAHAHAHA eh, suka hati laaa aku yang dah memang JARANG tengok slot akasia TV3 tuu pun dah SEMAKIN MINAT ! hah, habiss la kau TV :p
alaa apa kisah, mak aku pun minat tgk slot akasia niii :O ish ish apa nak jadi la kan ? haha biasalaaa, peminat tv memang mak aku top laa :) mak borek anak rintik ;p **tahu salah tauu jangan masukkan peribahasa ni dalam karangan mampus korang :p** wahahhahahahahahaha xD


sudaah dah la belum semayang maghrib ada hati nak blogging lama-lama .. sedar la diri tuuu kan ?? (malunyaa) teng teng! baik semayang cepatt sejadah dah panggil tuuu :p okay laa! karang apa pulakk kan dah laaa nak semayangg ! last, mak aku cakap si nazim ni pun HANDSOMEE !!!!! ahhhhh! parah parah :D


byebye gengg ! xoxo

Thursday, February 17, 2011

giloooooossss !

ni la gaya muka aku untuk pagi niii =,=

sangat terukkk ! okay baju dah siap basuh dah siap sidai . lantai dah sapu dah mop . katil and bedroom dah cantik . what else ? masak ? mak dah siapkan . cuma gi buat air and hias  hidang atas meja je . everything settle babe ! once in life aku RAJIN gilosss ! hahahaha tape laaa ape nak buat duduk merantau nihh macammacam mengajar aku :) ada baik ada jahat and from there baru aku tahu yang susah peritnya hidup tanpa ibu bapa disisi . taubat pun ada juga sometimes . ouh mungkin apa yang aku rasa tu baru sikit kott kan ke lagi teruk and tak dapat aku bayangkan kehidupan seorang yang hidup hanya sebatang kara kat dunia niii mesti teruk kan sebab dah la hilang tempat bergantung and ape sahaja masalah kesedihan kegembiraan kita tak dapat nak share dengan keluarga tercinta . mujur sahaja aku masih ada kedua ibu bapa yang sihat walafiat untuk menyara aku dan adikadik :) syukur alhamdullilah Ya Allah :) mulai kat rumah sekarang aku dah belajar satu benda baru tau .. untuk kita rasa perjalanan hidup seharian kita lagi best dan panjang . bangun awal pagi around 6 and kalau MALAS sangat la kan .. kau bangun je pukul 6.30 or 7 last but no least still awal kan ? no matter setan hasut suruh tidur sekalipun kena try untuk get early :)) then , gi la mandi and after that korang akan rasa segar dan bertenaga nak kemas rumah, tolong ibu bapa :) serious tak tipu .. bende ni menjadi . lepas dah kemas semua and breakfast korang nak sambung tidur balik ke (tht will not happen actually) aku rasa la kan korang punya niat nak sambung tidur balik akan terbantut hahahhahaha :D
bagus la macam tuuu . tak de la korang biarkan lemaklemak berkumpul :p hurrmmm , betul jugak kalau betul malas sangat nak jog pagipagi . korang kemas rumah pun dah boleh bakar lemak dekat badan korang kan kan ? weekend boleh la buat activity keluarga . gotong royong kemas rumah ke ape ke . lepak-ing samasama :) kan best ? sweet moment tu babe ! done ! mulamula aku fikir balik tau berjaya ke aku nak berubah ke arah yang lebih baik hah ? then , suara hati berkata; yakin syuhada yakin ! dalam masa 2 hari ni aku nampak yang hidup aku lebih baik dari sebelum ni . tade gaduhgaduh ke ape ke . aku masuk tidur pun awal not as before kul 2,3 pagi baru nak tidur . now aku tidur pukul 10 or 11 bangun pulak pukul 6.30 pagii :) terasa FRESHH sangat babe ! try la sangat berbaloi and not like manusia tuuhh :) malas la nak kecohkecoh kan derr ? aku dah penat dahhh and now whatever kau nak buat nak cakap aku tak pernah kesah and kecoh derr . lu punya hal la ape lu nak buat wa ta mau kacau lu okay ;) kan dah keluar bahasa pasar terkasar aku hahaha :D pape je la aku curik ayat adik japp haha . fuhhh, aku rasa lepas dah update blog pagi ni perasaan aku berubah dari BOSAN ke HAPPY :))

 
muka baru lepas update blog saya :) haha ..

Wednesday, February 16, 2011

home sweet home :)


home sweet home :) 
yeayy ! sudah sampai rumah and everything is different !!! jakun pulak kan ?
apa nak buat ini lah Owner Of This Blog
Cik Nurul Syuhada Syazwani :p

okay sudah ! sekarang mahu story itu pasal cuti-cuti saya haha 
best tak best biasalah kannn ? masalah pun ada actually ..
ada certain part memnag best gila and the others was okay laaaa .
macam-macam boleh berlaku at the same time .. but we must be strong and face the problem :)
now , sepanjang la percutian niiii lebih sebulan weh S E B U L A N tak jumpa rumah .
huhuh rinduuuuuuuuuu ! my bear haha biasa lahh nama pun perempuan kan ?

the best thing is rumah aku dah berubah !
hahaha tak caya nihh tak caya !
yang paling best and terkejut gilaaa , macam beruk pun boleh laa :p
decoration hall rumah aku . sampai-sampai je aku call bapak aku tauu
yang kat bawah ni perbualannya :

saya : abah , betul ke ni rumah ? jerit sikit  tak caya la katakan :D
abah : ye laa rumah la tuhhhh .. (gelak-gelak)
saya : bukan la ! apasal lain gilaaa ? (masih tak caya !)
abah : okay kakak salah rumah la tuuu 
saya : cissss hahahhaha ye la ye la salah rumah :D
abah : hahahhahahhahahahaha okay okay :)

hah , tu la perbualannya .. gaya tak caya nihhh sampai sekarang ! heheh ;p
last-last kan aku caya je la nihh rumah aku .. haha ..
alhamdullilah rezeki keluarga aku mencurah :)
bak kata orang jangan tolak rezeki kan kan ? 
apa-apa punnn aku bersyukur la rumah impian biarpun tak besar tapi selesa untuk keluarga bersantai ;)

masih penat niii nak menulis panjang punnn malas gilaaaaaaaa :O hahahhahha ..
jumpa nanti la gengg :) see yaa xoxo
bye bye ! <3 <3 <3

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul Kepada Semua :)


Assalamualaikum...

SEJARAH MAULIDUR RASUL

Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.

Oleh kerana amalan bid’ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama’ telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya) .

Renung-renungkan dan Hayati lah Perjuangan Junjungan Mulia Pemimpin Kita 
Nabi Muhammad SAW :))

Lee Seung Gi ;)

K-pop !  lee seung gi awww  <3 <3


















sayang sayang sayang :) xoxo 

Monday, January 31, 2011

mr lappy tenggelam air !

omg! bengang nih bengang ! tape tape yang nih lain sikit memang la tgh musim banjir tapi MR. Lappy aku tu tak la tenggelam dalam air banjir tapi tenggelam dalam air milo ! huh ! sengal la **** laa eii geram geram, !
astafirrullah halazim .. syuhada ! kau sedar tak ape yang kau dah cakap ? masyaallah ! sedar sedar !
okay tak cakap dah .. cuma memang aku bengang gila dengan kau adik ! yang bukan adik kandung hishhh jangan cakap bende mengarut nihh dosa dosa ! kesabaran perlu di tahap maksima syuhada
M A K S I M A !

hal ni berlaku macam niii ........
si dia tu tanya nak air ape then kitorang yang tgh online nihh pun cakap laaa . "MILO AIS satu !" 10 minit kemudian milo ais tu pun sampailahh . aku pun minum yang bahagian aku then yang sorang lagii dia nak amik bahagian milo ais dia pastu dengan gatal tangan nya budak sekor yang aku memang bengang gila aku panggil dia budak gedik sebab dia memang GEDIK ! kali kedua pulak dosa aku malam ni bertambah haii apalah nasibb =,= pastu si gedik nii nak bagi air ikut jalan jauh . nak langkah orang la katakan . dia pun passed la atas Mr. Lappy aku . dandan aku tgh menaip novel aku time tuu dia pun ape lagi mengamuk aku nak amik nak kasi orang sebelahtapi dia tak nak bagi . siap marah aku "biar la saya bagi sendiri tak yah la nak menyibuk !" perghh aku rasa macam nak lempang je mulut dia .. tapi sabar . sebab aku pikir dia tu bukan adik aku . kalau dah adik aku dah lama memang kena laa ! (tahap geram yang dah memang gila!)

pastu , si gedik nii kan dengan sengaja ke tak sengaja aku tak tahu la dia TERtumpah atas Mr. Lappy aku . ape lagi mencurah la air milo tu macam air mata aku yang mencurah macam air banjir besar .. aku dah la sayang gila Mr. Lappy tuu ! walaupun kecik dan keypad dia tak berapa bagus tapi aku menghargai pemberian orang . aku time tu rasa macam nak tampar je budak tu biar patah tulang pipi dia geram geram !
Mr. Lappy yang sedia ade sebelum ni sound dia rosak gara-gara adik no 2 aku adik kandung lelaki .. dia pakai then tah macam mana boleh rosak . tu tak pe la aku memang tak suka pun laptop tuu sebab berat dan susah nak pakai =/='' aku pun apa lagi yang tu aku hantar service laa  . alih-alih pak cik tersayang baik hati bagi la aku satu laptop sebab nak mudahkan buat keje semua and sebab aku sorang2 kat kampung tak de la bosan sangat . aku pun gunalahh . hari ni malam ni Mr. Lappy tu rosak ! argghhhhhhhhhhhhh !

aku pun kelam kabut jugak selamatkan Mr. Lappy .. aku check2 balik kan . keypad separuh sebelah kiri dah tak berfungsi and yang sebelah kanan macam sakai .. aku tekan sekali dia gerak non-stop . perghhh ! hancur hati aku tengok Mr. Lappy tu jadi macam tuu . hancur hati aku ni macam abu yang orang dok bakar mayat tu! macam tuu la hancurnya hati dan perasaan aku weh ! H A N C U R ! but nasi dah jadi bubur kan ape nak buat ? redha je laa . Ya Allah moga2 Mr. Lappy tu selamat :'(  (nangis tahap gila ) mata aku merah doe nangis . terlalu sayang dengan Mr. Lappy tu ! baru je owner dia dalam masa 3 minggu ! omg dalam tempoh masa macam tu memang la akan terbit rasa sayang ! tape laa kalau betul sampai sini je riwayat kau Mr. Lappy bye bye laa . lastly , aku cuma nak cakap walaupun fizikal kau tu aku tak berapa suka . but kau dah banyak sumbang jasa dekat aku .
TERIMA KASIH wahai Mr. Lappy ! i love you ! :)

Sunday, January 30, 2011

banjir yang melanda . . . . . . .

huisshh teruk ! planning hari ni nak gi hantar cousin keje kat tesco dandan la nak keluar je pastu banjir gila yang memang diklasifikasikan sangat teruk ! cehh ingat kan ape , kete jammed punya teruk alih alih aku
check it out rupa-rupanya jalan dah tenggelam dengan air wahhhh  happening aku tgk , macam orang tak betul je aku niii hehe . sengal cousin aku cakap aku ni 'batak' la 'jakun' la cehh ! cantik kau cakap aku macam tu haha okay okay , now amik alternative lain nak ke tesco MESTI SAMPAI BEFORE TIME KEJE ! jangan lewat yee kawan-kawan karang silap2 kau kena pancung or love letter '' you're fired ! '' cantik surat tu kan ? haha memang bestt meletop gituu :p tapi kan cousin aku ade la cakap tempat dia tu bandar seri alam tak pernah naik air . tetiba hujan yang sememangnya lebat dari malam semalam sampai ke petang tak berhenti kalau berhenti pun hujan renyai-renyai . ish ish tu case teruk walaweii -_______- lebat memang lebat-selebatnya la ! susah aku nak cakap and aku rasa pun korang dah boleh figure out ape yang aku try nak sampaikan :) otak korang kan BIJAK minum susu anmum essential haha . but yang aku peliknya orang yang kena air bah banjir tuu boleh happy doe mak aihh sakai gila ! korang still boleh happy kalau hujan2 and banjir besar ? penat wehh nak kemas rumah tuu perghh aku memang tak paham laa dengan korangg huh ! btw , alhamdullilah la rumah mak no 2 aku atas bukit tak kena banjir cuma tempias tu adalaa :) tapi tak la seteruk rumah bawah bukit tuu . bila hujan diorang best sangat sebab dapat 'angpau' orang yang celebrate cny pun tak dapat 'angpau' tuu korang nihh P . E . L . I .K ! gila la korang sumpah aku cakap ! okay dadaaa tak mau marah2 tak cunn dah hehe . btw , atas  isi perut aku hari ni yang agak 'baik' aku tumpang simpati la ye makcik pakcik adik abang kakak uncle untie segala macam la . kemas la rumah tu elok2 keluar kan balik air banjir tuu . ha ! one more DINASIHATI agar korang yang gatal2 nak gi MAIN AIR BANJIR tu lupakan je hasrat tak berguna tak berfaedah korang . buat ape nak cari penyakit kan ? tak payah rajin nak penuh kan kerusi , semak kan kaunter , peningkan kepala doctor nak rawat korang kesian laa sikit korang oiii lastly , aku cuma nak bg tahu yang tak perlu la buat muka simpati or meraih simpati dengan cara yang kotor . korang tak dapat ape punn dosa yang kian bertambah ade la . hihi sempat kejap kutuk korang :p jangan marah ye adik abang kakak makcik pakcik uncle untie nenek tok cucu cicit ye haha sorry la bnyk2 . disamping itu , ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA or GONG XI FA CAI ;)
renung2 kan dan selamat beramal :)

Saturday, January 15, 2011

zaman dulu-dulu :)

okay first-first ni hah nak mempekenalkan bapak aku yang HOT dgn jualan keretanya ...

SEMOGA MURAH REZEKI ye abah ! sayang abahhhh <3 <3
korang enjoy la tengok pic-pic lama zaman kecik-kecik dulu HAHA ! 


adik beradik bapak aku yang handsome :)
haha masa zaman kecik-kecik bapak aku punya la nakal (nenek cerita la)

serba sedikit pasal ayah aku ni:

- anak bongsu dari 4 beradik LELAKI sahaja
- paling manja (semua manja tapi bongsu la katakan)
- gi sekolah bawak kete tahu ! (tajaan papa aku a.k.a pakcik aku)
- zaman bapak aku maju dah sikit :)  heheh kira sapa ade kete tu memang tip top la !
- lastly , bapak aku ni dia suka bekerja sendiri buisness dia laaa ape lagiiii  :))

okay dah ! sekarang kasi korang enjoy dengan pic aku dan adik-adik masa kecik2 dulu
aku comel masa kecik2 dulu HAHA perasan kejap :pp

5 beradik yang nakal ! :)

sedikit about kitorang yang nakal2 niii x)

1st: nurul syuhada syazwani
2nd: mohd syafiq syazwan
3rd: mohd aliff aiman
4th: mohd aiman azzim
5th: mohd ameen syafie

parah dalam adik-beradik aku niii ade kembar erghhhh =.='
yang aliff dgn aiman tuu hah yang kembar 'sehati sejiwa'
pelik aku kembar tapi selalu gaduh ...
btw , aku 'happy' la jugak jadi anak tunggal pompuan kan kan ?
tak de kawan nak bercakap :'(

4 beradik dulu sebelum ade yang bongsu with mom :)
yang ni best sikit aku ngn adik aku partner 
yang kembar kau partner sendiri-sendiri la ye !

last sekali ending of the story kitorang punya live b'tujuh dalam family 
happy together macam gambar ni hah :)

ade musim parah ade musim baik itulah yang dinamakan kehidupan :)




end of my family story 
  bye bye :)


Thursday, December 30, 2010

BYE BYE 2010 !

wahhh tak sangka hari ni last day 2010 !
dah tahun baru rupanyaaa .
:)(:

azam yang lepas ape ha ?
dah full fill belum ? haihh =.=
eh wait ! bukan tiap2 tahun sama je ke azam kau ?
tahun nii lain okayy !
wheeeeeeeeeeeeeee q;
azam tahun lepas nak jadi seorang yang berpelajaran dan maju ke hadapan !
tahun ni ? cepat cepat ape azam ??
:p

azam azam azam .....
pikir cepat ! haha , ape hah ? tak terpikir lagii laa :pp
well , yang tu lain citer la . episod lain baru kasi tahu ape azam tahun 2011 niii 
tunguuu tauuu ! 

so , tahun 2010 nii bnyk sgt memories yang tak dapat lupa laa .
bersama PEPERANGAN yang BESAR ..
<3 SI DIA :) KAWAN-KAWAN :)  i miss you guyss ! <3
SEKOLAH , TUITION CENTRE , bnyk lagi laa !
lepas nii tak dapat dah bangun pagi kelam-kabut takut lambat sampai sekolah .
tak dapat ronda-ronda sekolah ponteng kelas lagiii haihhh rindunyaa saat-saat tuu !
and lastly , hope result SPM kali nii akan dapat yang terbaik :)
insyaALLAH :) doakan laaa ! theeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :p

btw , last aku cuma nak ucapkan terima kasih la sesangat dekat tahun 2010 niii
atas semua yang dah berlaku sama ada pahit ke manis ke masam masin semua laaaa !
thank you tauuu walaupun kekadang aku menyumpah kau !
wheeeeeeeeeeeeeeeee sorry laa :D

okay ! sudah episod akan datang dah masuk 2011 and secara rasminya 

T H I S   I S   T H E  L  A S T   E N T R Y   F O R   2 0 1 0  :)

HAPPY NEW YEAR  !